Bengkel Penulisan Resume & Aplikasi Canva
9 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPada 8hb Mei 2019, Pusat Internet Kodiang telah mengadakan sesi Bengkel Penulisan Resume kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 Rendah, SMK Tunku Bendahara, Kodiang Kedah. Bengkel ini dijalankan di Bilik Training Pusat Internet Kodiang. Seramai 27 orang pelajar telah hadir ke bengkel ini diiringi oleh dua orang guru pengiring. Bengkel ini dijalankan selama 3 jam bermula jam 11.00 pagi hingga jam 2.00 petang dan dibahagikan kepada 3 slot. Slot pertama adalah sesi penerangan resume, slot kedua, pengenalan penggunaan aplikasi Canva, dan slot ketiga adalah sesi praktikal (pembikinan resume menggunakan aplikasi Canva).Taklimat disampaikan sendiri oleh pihak pengurusan Pusat Internet Kodiang.
Pelbagai input telah disampaikan menerusi bengkel ini. Antaranya ialah, elemen-elemen penting yang perlu ada dalam sesebuah resume, pendedahan kepada kriteria-kriteria resume yang disukai bakal majikan, dan tutorial pembikinan resume infografik menerusi atas talian menggunakan aplikasi Canva. Bengkel berjalan dengan lancar dan berakhir jam 2.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: